Saturday, November 15, 2008

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SOSIAL PID KUPANG

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SOSIAL PID KUPANG
Tarikh: 17-23 NOVEMBER 2008
Tempat: PID Kupang
17/11/2008 (Isnin)
9.00 pg hingga 11.00 pagi - Taklimat Karnival Keusahawanan Sosial 2008 & pendaftaran
peserta bengkel.
11.00 pg hingga 1.00 ptg- Penerangan mengenai minisite & blog KUS Pid Kupang.
2.00 ptg hingga 5.00 ptg - Khidmat Nasihat Usahawan
18/11/2008 (Selasa)
9.00 pg hingga 11.00 pg - Bengkel Mengenal Komuniti
2.00 pg hingga 5.00 ptg - Tayangan DST (Digital Story Telling)
19/11/2008 (Rabu)
9.00 pg hingga 12.00 tgh - Bengkel DST (Digital Story Telling)
2.00 pg hingga 5.00 ptg - Bengkel Flickr
20/11/2008 (Khamis)
9.00 pagi hingga 1.00 ptg - Bengkel Blog
2.00 ptg hingga 5.00 ptg - Bengkel Blog
21/11/2008 (Sabtu)
9.00 pg hingga 5.00 ptg - Hari Terbuka KUS Kupang
23/11/2008 (Ahad)
2 ptg-5.00 ptg - Bersama Usahawan KUS PID Kupang
.....................................................................................................................................................................
Terbuka kepada semua secara percuma. Peserta yang berminat menyertai bengkel boleh berjumpa dengan penyelia/penolong atau datang pada hari pendaftaran.Tempat terhad. Peserta akan diberikan sijil.

Tuesday, November 11, 2008

Lawatan 26 Ogos 2008

Sesi bergambar bersama WG, ketua pos dan ahli KUS Kupang
Pengerusi PID Kupang, Tn Hj Yahaya

Penyelia

En. Zulfikar dari Warisan Global

En Shaidan Mohamad Ali - Timbalan Pengerusi KUS Kupang


Sunday, June 15, 2008

PRODUK IKS DI PID KUPANG

Seri Kaya dgn Madu RM4.00
Sos Rojak dengan madu RM4.00


Cip Jejari Ubi Kayu RM3.00
Cip Ubi Kayu (Perisa Kari) RM3.00
Cip Ubi Kayu (Perisa Asli) RM3.00
Cip Ubi Kayu (Perisa Pedas) RM3.00

Cip Ubi Kayu (Perisa Lada Hitam) RM3.00


Anda boleh mendapatkan barang agromas (FAMA) di PID Kupang.

Tuesday, June 3, 2008

TEKUN

PERMOHONAN PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK

TUJUAN
Menyediakan kemudahan permohonan pembiayaan jangka pendek yang mudah kepada usahawan Bumiputera untuk keperluan modal tambahan bagi tempoh pembiayaan yang singkat. Kemudahan ini diharap dapat membantu mempercepatkan lagi proses permohonan dari pelanggan.
Permohonan Boleh Dibuat Dimana-mana Pejabat Kawasan dan Negeri Yayasan TEKUN Nasional
Dengan Menghantar Borang Permohonan Ke Kaunter Kawasan TEKUN.Permohonan Mestilah Lengkap dan Salinan Dokumen Hendaklah Dilampirkan Bersama.

i.Bumiputera dan berumur 18-60 tahun.
ii.Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah.
iii.Mempunyai tempat perniagaan yang khusus.
iv.Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan.
v.Tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak baik denganmana-mana Institusi Kewangan atau Agensi Kerajaan.
vi.Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM5,000.
vii.
Telah berniaga sekurang-kurangnya 6 bulan.
viii.Satu pembiayaan untuk satu isi rumah.
ix.Pemaustatin tempatan sama ada pemohon/pasangan yang tinggal di kawasan operasi sekurang-kurangnya 3 tahun.

DOKUMEN
i.Gambar pemohon (2 keping).
ii.Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
iii.Salinan lesen/permit/pendaftaran perniagaan.
iv.Salinan buku simpanan/penyata bank (muka pertama dan transaksi terakhir).
v.Salinan salah satu bil utiliti (elektrik/air/telefon) bagi rumah/premis perniagaan (jika ada).
vi.Salinan perjanjian sewa tapak perniagaan.
vii.Lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan seperti tempahan stok dan lain-lain.

AKTIVITI PERNIAGAAN
Skim pembiayaan jangka pendek yang diberi keutamaan meliputi perniagaan seperti berikut :
i) Perniagaan pasar malam/sehari
ii) Pasar tani
iii) Pasar Tamu
iv) Bazaar Ramadhan
v) Ekspo/Pesta (tempoh melebihi 2 bulan)
vi) Promosi jualan (aktiviti promosi yang berterusan)

SKIM PEMBIAYAAN

Nilai Pembiayaan:Nilai pembiayaan yang ditawarkan ialah RM500.00 hingga RM2,000.00.
Tempoh bayaran balik pembiayaan:Tempoh bayaran balik pembiayaan 1 hingga 3 bulan.
Kutipan bayaran balik:Kutipan bayaran balik pembiayaan dibuat setiap minggu. Kutipan pertama bermula seminggu selepas pembiayaan dikeluarkan.
InsuranUsahawan TEKUN dikehendaki menyertai Pelan Takaful Keluarga Berkelompok .

Caj perkhidmatan dan bayaran proses:
# Caj perkhidmatan sebanyak 1.5% sebulan.
# Bayaran proses sebanyak 5% daripada jumlah pembiayaan.
# Rebat sebanyak 20% daripada caj perkhidmatan akan diberikan sekiranya bayaran balik dibuat mengikut tempoh bayaran balik pembiayaan.
# Keutamaan diberikan kepada para peniaga yang berada dalam lingkungan 10 km radius daripada pejabat operasi kawasan atau rumah staf YTN.
* Skim pembiayaan ini boleh juga dipertimbangkan kepada peminjam TEKUN sedia ada yang mempunyai rekod bayaran balik pembiayaan yang baik.

MENGATUR STRATEGI PEMASARAN BERKESAN

Apakah itu pemasaran ? Dalam bahasa yang paling mudah, pemasaran bolehlah dibayangkan sebagai jambatan yang menghubungi antara pembeli, pengguna dengan sesuatu produk, perkhidmatan dan apa jua yang hendak ditawarkan.
Ciri-ciri strategi pemasaran yang berkesan mestilah mengambilkira faktor-faktor berikut:
1. Budaya masyarakat setempat harus difahami dan dihayati.
2. Nama produk hendaklah mudah dan senang disebut serta sentiasa mudah diingati.
3. Lakukan promosi dan pengiklanan - usaha menyebaran maklumat produk wajar diberi pertimbangan dalam usaha promosi.
4. Kos efektif - kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah efektif khususnya kos.
5. Lakukan jualan dan promosi bagi menawar atau membeli "jiwa" pelanggan.
6. Justeru itu peniaga/ usahawan wajar belajar bagaimana mengurus dan membeli emosi pelanggan.
7. Kekalkan hubungan dengan pelanggan - ingat namanya dan senyum selalu.

Kesimpulannya, strategi pemasaran yang berkesan mestilah berkeupayaan untuk menghebohkan produk atau perkhidmatan kepada seramai bakal pembeli yang boleh tanpa halangan geografi,demografi dan komunikasi.

TATATERTIB MELAYAN PELANGGAN

1. Peniaga mesti bijak dalam perhubungan dengan pelanggan.
2. Wajah peniaga mesti/harus sentiasa senyum , mesra dan ramah semasa melayan.
3. Pakaian hendaklah bersih,kemas dan sesuai.
4. Peniaga hendaklah menggunakan bahasa yang manis dan sentiasa bersopan santun dan sabar. 5. Peniaga perlu menumpukan minat atau perhatian terhadap pelanggan
6. Peniaga hendaklah melayan mengikut tertib, jujur dan adil serta mendapatkan keyakinan pelanggannya.
7. Peniaga harus cuba mengenali pelanggannya dengan mengingati nama dan juga jenama serta jenis barangan yang selalu dibeli oleh pelanggan.
8. Perlu ingat perolehan hasil jualan, maju mundur , berdaya maju perniagaan anda adalah terletak pada tangan pelanggan.
9. Perwatakan peniaga akan mempengaruhi maju mundur perniagaan anda.

Umumnya pelanggan adalah Raja yang perlu anda hormati dan layani. Kejayaan melariskan jualan anda akan wujud jika anda berjaya membeli jiwa pelanggan anda. Lakukan sekarang untuk menawan jiwa pelanggan anda

CIRI-CIRI SEORANG USAHAWAN BERJAYA

Sifat-sifat usahawan yang berjaya sebagai tips:
1. Keperluan yang tinggi untuk berjaya.
2. Hasrat untuk menerima cabaran.
3. Bebas dari segi fikiran dan tindakan.
4. Penyelesai masalah.
5. Sering mengharapkan masa depan yang baik.
6. Sentiasa peka kepada persekitaran dan sering mencari peluang.
7. Memiliki kepercayaan timbal balik dengan orang lain.
8. Kesudian menerima tanggungjawab.
9. Mahir berkomunikasi
10. Konsep diri yang positif.
11. Mahu dan sentiasa belajar dari kesilapan dan orang berjaya.
12. Berperasaan tidak puashati dan mahu perubahan.
13. Berorietasikan perancangan.
14. Berkemahiran dalam pengurusan.
15. Menetapkan matlamat.
16. Mahukan kemajuan.
17. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat.
18. Berkepimpinan.
19. Bersungguh dan berusaha.
20. Pandai membuat keputusan
21. Melihat satu-satu perkara dari sudut positif .
22. Bersyukur dengan kehendak Tuhan.

BANK RAKYAT

Skim ini memperuntukkan dana untuk perniagaan yang berdaya maju.
Bai-Bithaman Ajil, Murabahah dan Bai-Al’Inah
• Syarikat / kontraktor yang dianugerahkan kontrak kerajaan, badan-badan separa kerajaan, majlis-majlis tempatan dan syarikat-syarikat swasta yang diiktiraf oleh Bank Rakyat
• Pembiayaan sehingga RM200,000.00 (dengan jaminan / serahan hak milik kontrak)
• Maksimum 50% daripada nilai kontrak
• Maksimum 70% daripada nilai inden
• Penyerahan hak kontrak
• Penjamin bagi pembiayaan di antara RM25,000 hingga RM200,000
• Sekuriti bagi pembiayaan melebihi RM200,000
• Hartanah
• Sijil Pelaburan Bank Rakyat

INSKEN


PROGRAM-PROGRAM INSKEN
a. Program Pembudayaan
Program ini adalah untuk menerapkan budaya keusahawanan kepada pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti dan juga masyarakat umum melalui aktiviti seperti program motivasi, latihan, bengkel dan juga melalui media elektronik. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :
I. Program Usahawan Junior
II. Program Usahawan Muda
III. Program Keusahawanan Siswa
IV. Program Pembudayaan Keusahawanan Umum

b. Program Pengenalan Keusahawanan
Memberikan pendedahan asas keusahawanan kepada bakal usahawan melalui latihan bagi memulakan perniagaan. Selain itu latihan pengukuhan juga diberikan bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perniagaan usahawan sedia ada. Aktiviti yang dijalankan di bawah program pengenalan adalah seperti berikut :
I. Latihan Asas Perniagaan
II. Latihan Galakan Perniagaan (Kakitangan Kerajaan)
III. Skim Usahawan Siswazah (SUS)

c. Program Peningkatan Keusahawanan
Memberikan latihan kemahiran secara berterusan kepada usahawan sedia ada untuk mengukuh dan meningkatkan lagi perniagaan. Selain daripada kursus, program ini juga akan menganjurkan bengkel, seminar untuk usahawan menambahkan ilmu dan kemahiran. Kursus-kursus yang dianjurkan adalah seperti berikut :
I. Kursus Pengurusan Kewangan Strategik
II. Kursus Pemasaran
III. Kursus Usahawan Pemasar
IV. Bengkel Teknologi Pembungkusan, Pelabelan dan Penjenamaan
V. Latihan Hands-On/ Berpakej Dalam Bidang:
- Dobi, - Kek dan Pastri, - Restoran dan Katering,
- Mini Heath SPA & Beauty Saloon

d. Program Pengembangan dan Jaringan
Membangunkan Rangkaian Kerjasama dengan lain-lain Kementerian & agensi kerajaan, dewan-dewan perniagaan, persatuan perdagangan perindustrian, badan bukan kerajaan, agensi-agensi penyedia latihan dan tokoh-tokoh usahawan bagi membantu usahawan meningkatkan prestasi perniagaan melalui jalinan networking antara mereka.

e. Program Penyelidikan dan Pembangunan
Memantapkan program latihan keusahawanan melalui aktiviti seperti kajian, penyelidikan dan analisa keperluan latihan. Selain itu ia bertujuan untuk mengenalpasti peluang-peluang perniagaan baru dan berpotensi melalui aktiviti risikan pasaran dan sebagainya.

f. Program Pembangunan Kurikulum
Membangunkan kurikulum keusahawanan yang bersepadu dan memenuhi piawaian pensijilan yang diiktiraf untuk digunapakai oleh semua agensi kerajaan dan institusi latihan keusahawanan. g. Program Khidmat Nasihat dan Rujukan Keusahawanan
Memberi bimbingan dan menyediakan pusat rujukan keusahawanan bagi usahawan, bakal usahawan dan pihak-pihak yang berkaitan. Memberi bimbingan dan menyediakan pusat rujukan keusahawanan bagi usahawan, bakal usahawan dan pihak-pihak yang berkaitan.
HUBUNGI INSKEN
Institut Keusahawanan NegaraKementerian Pembangunan Usahawan dan KoperasiAras 2-3 Blok Menara MECDNo. 18, Persiaran Perdana, Presint 262652 Putrajaya Tel : 03-88805725/ 5720/ 5723/ 5721/ 5857/ 5818Faks : 03- 88805793/ 5794/ 5822

PENGURUSAN KEWANGAN

Perancangan mencerminkan usaha yang melibatkan disiplin-disiplin tertentu, untuk mengurus dengan baik, sumber-sumber pendapatan, serta aset, seseorang itu, supaya setiap perbelanjaan yang dibuat mendatangkan faedah / manfaat yang optima, dan dapat memungkinkan tabungan dan pelaburan yang boleh pula menjamin pendapatan di masa hadapan. Dengan terurusnya kewangan seseorang itu, maka akan dapat dipastikan bahawa ianya bebelanja hanya mengikut kemampuan, dan hanya akan membuat komitmen-komitmen kewangan yang mampu diselesaikan.Dengan itu juga, beban dan komitmen kewangan, sepeti hutang, akan selaras dengan keupayaan membayar balik, dan tidak merupakan satu masalah yang menjadi punca segala-segala masalah lain.Pendek kata, kewangan yang terurus dapat memberikan ketenangan dan keselesaan, dan, dengan itu, mendorongkan seseorang itu menumpukan fikiran dan tenaga, kepada urusan kerjaya, dan apa jua aktiviti yang dijalankannya.Bahkan disiplin mengurus kewangan bukan sahaja penting untuk individu, tetapi sama pentingnya bagi semua pihak dan entiti yang mempunyai aset dan kewangan untuk dibelanja. Ini termasuk syarikat-syarikat, organisasi-organisasi dan pertubuhan-pertubuhan, badan-badan berkanun, dan jabatan-jabatan kerajaan. Disiplin pengurusan kewangan bukan sahaja penting bagi mereka yang menguruskan kewangan dan aset sendiri, tetapi sama pentingnya, jika tidak lebih penting, bagi mereka yang diamanahkan untuk menguruskan kewangan dan aset bagi pihak orang lain.Sebenarnya disiplin mengurus kewangan secara dirancang, akan lebih mudah diamalkan jika sudah terdapat, secara meluas, satu budaya masyarakat yang memberi keutamaan dan penekanan kepada mendapatkan nilai daripada wang atau getting value for money. Dengan adanya asas-asas budaya tersebut, maka ahli-ahli masyarakat akan sentiasa menimbangkan, dengan teliti, kegunaan wang mereka, supaya setiap kali perbelanjaan dibuat, maka dapat dinilai faedah yang diterima, supaya setimpal dan sepadan dengan wang yang dibelanjakan. Jika perbelanjaan dibuat tanpa perancangan, ada kemungkinan seseorang itu mendapati bahawa, apa yang diperolehinya; "tidak berbaloi", iaitu tidak sepadan dengan apa yang telah dibelanjakan.Disiplin pengurusan kewangan wajar dipupuk seawal mungkin dalam masyarakat, sama ada dalam keluarga, ataupun di sekolah-sekolah, supaya ianya menjadi teras kepada disiplin pengurusan kewangan dalam semua aspek aktiviti ekonomi di negara.Pengawal kewangan sesebuah syarikat atau jabatan kerajaan, akan sentiasa beramanah, dan terdorong untuk mengurus kewangan organisasi dengan baik, oleh kerana telah diterap dengan disiplin dan budaya pengurusan kewangan yang baik.Apa yang selalu dilaungkan sebagai "good corporate governance" atau tadbiran korporat yang baik, adalah berpunca daripada budaya dan disiplin untuk mengurus kewangan dan aset dengan amanah, teratur dan mementingkan nilai. Segala perancangan korporat akan sentiasa dibuat dengan teliti, berasaskan kemampuan kewangan dan sumber-sumber, dengan pertimbangan cermat antara aset dan tanggungan.Pengurusan kewangan yang baik dalam syarikat akan membolehkan perancangan lebih sempurna untuk pembesaran dan pelbagaian operasi, dan untuk apa jua aktiviti di masa hadapan, bagi memanfaatkan kemajuan-kemajuan dalam teknologi dan pasaran.Begitu juga, perancangan kewangan yang berdisiplin, dan pengurusan kewangan secara beramanah, akan membolehkan entiti-entiti sektor awam, sama ada di peringkat pusat, negeri atau tempatan, memberi perkhidmatan sebaik mungkin, serta mencapai objektif-objektif piagam pelanggan mereka. Dan tidak mungkin berlaku kejadian-kejadian seperti pecah amanah, lebih belanja, dan pembaziran.Dalam pengurusan kewangan, akan dapat dirancang supaya, bukan sahaja perbelanjaan wajib dapat dibuat, tetapi akan ada pula lebihan-lebihan daripada pendapatan yang boleh ditabung dan dijadikan pelaburan. Ini benar bukan sahaja untuk individu, tetapi untuk mana-mana organisasi yang menerima sumber pendapatan.

Penyediaan Pelan Perniagaan

Mempunyai pelan perniagaan adalah penting untuk bisnes anda. Lebih baik lagi jika anda mempunyai pelan yang strategik. Sebelum kita membincangkan kepentingan mempunyai pelan perniagaan, yang perlu dipersoalkan kini, apakah itu yang dimaksudkan pelan perniagaan?Salah satu fator kegagalan dalam perniagaan adalah kebanyakan mereka tidak mempunyai pelan perniagaan atau 'business plan'. Pelan perniagaan membentangkan pemahaman industri dan pasaran, strategi dan perancangan keuntungan dan aliran wang tunai sebuah syarikat. Pelan ini juga akan menbentangkan jangkaan bisnes kita untuk jangka waktu tiga atau lima tahun mendatang. Ramai peniaga kita tersalah faham dalam aspek pelan perniagaan ini. Mereka berpendapat pelan perniagaan ini tidak perlu dilakarkan kerana perniagaan mereka itu kecil sahaja. Samada perniagaan kita kecil atau besar, kita masih tetap memerlukan pelan perniagaan.
Laman-laman berkenaan Penyediaan Pelan adalah:
Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad
United States Small Business Administration
Business Plan Archive
Business Town
Small Business Plan GuideEntrepreneur.com

LESEN DAN PERMIT

Lesen dan permit dikeluarkan khusus untuk sesuatu industri oleh kementerian dan juga pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Anda perlu memohon lesen dan permit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di lokasi perniagaan anda. Sila klik pautan di bawah untuk makumat lanjut mengenai lesen dan permit yang di keluarkan oleh PBT.Laman-laman berkenaan Lesen dan Permit adalah:
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Kastam Diraja MalaysiaKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Kementerian Hal Ehwal Dalam NegeriJabatan Imigresen Malaysia

Memohon Lesen Baru Kenderaan Perkhidmatan Awam dengan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)
DBKL - Lesen
Pekeliling Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 2005
Panduan Permohonan Lesen Import Bagi Barang Dagangan
Permit Pekerja Asing
Pihak Berkuasa Tempatan
Pendaftaran Patent
Permohonan Pelesenan Dalam Talian Suruhanjaya Sekuriti

PENDAFTARAN PERNIAGAAN

Pendaftaran Perniagaan
Sebelum memulakan perniagaan, anda perlulah memastikan bahawa perniagaan anda itu didaftarkan di samping memastikan segala lesen dan permit berkaitan diperolehi. Perniagaan ditakrifkan sebagai setiap bentuk perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud mendapatkan keuntungan. Anda boleh layar ke laman-laman ini untuk mendapat maklumat lanjut mengenai pendaftaran syarikat dan lain-lain:
Anda boleh layar ke laman-laman ini untuk mendapat maklumat lanjut mengenai pendaftaran syarikat dan lain-lain:
Anda boleh layar ke laman-laman ini untuk mendapat maklumat lanjut mengenai pendaftaran syarikat dan lain-lain:

Monday, June 2, 2008

Jati Diri Seorang Usahawan Muslim

Para pengunjung laman web usahawan Muslim yang dirahmati Allah, Mungkin ramai yang tertanya-tanya entah apa gerangan tiba-tiba yang beku menjadi cair, yang keras beransur lunak, yang bersimpang siur seolah-olah berangsur bergerak perlahan-lahan mencari satu arah, seperti ada daya magnet luar biasa yang menarik ke satu paksi yang mampu memberi jaminan keselamatan, ketenangan dan kesejahteraan. Inilah fithrah insaniah, manusia yang diciptakan oleh Allah Yang Maha Agung. Setelah dihempas badai menghanyutkan segalanya seperti di zaman nabi Nuh, setelah diterbalikkan bumi seperti di zaman Nabi Luth dan banyak lagi peristiwa yang dicontohkan kepada kita maka manusia yang beriman akan segera sedar dan terus kembali memohon ampun kepada Allah. Namun yang derhaka, tanda kebesaran Allah tidak sedikit pun menggugah hati dan perasaan mereka. Seperti yang disebutkan dalam alquran golongan yang ingat, yang berfikir dan bersyukur ini terlalu sedikit. Ya Allah masukkanlah kami dalam golongan yang sedikit ini. Amin. Dari sinilah kami terbangun kembali dari lamunan dan mimpi yang selama ini kami lali sehingga bulletin laman web ini turut beku buat beberapa ketika. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami sekali lagi untuk terus mencuba, terus menghidupkan laman ini dan berkongsi bersama dengan saudara-saudari para pengusaha di seluruh Nusantara untuk beramal. Semoga cetusan kesedaran baru dan niat ikhlas suci murni yang terpancar dari hati kita semua, laman ini akan menjadi medan amal untuk kita kutip di akhirat nanti.Amin. Kepada saudara saudari yang menerima ujian langsung dari Allah pada 26 hb Disember 2004 yang lalu, yang masih bersedih, bingung, terkejut, takut dan seribu macam perasaan bermunculan , diharapkan akan bertukar kepada amal soleh yang konsisten sehingga Allah memanggil kita kembali kepadaNya. Marilah kita hisab diri kita akan segala dosa, kelalaian dan kealpaan kita kepada Allah selama ini.Apakah kita akan terus memberi seribu alasan dan sebagainya hingga kita meninggalkan segala suruhan Allah dan melakukan perkara yang ditegah oleh Allah? Apakah cukup ilmu Islam bersijil berjela-jela yang boleh menyelamatkan diri kita dari azab Allah ? Apakah cukup persediaan kita sebagai seorang usahawan Muslim untuk berdepan dengan segala soalan di kubur dan alam baqa’ nanti ? Inilah ujian maha dahsyat yang dapat menentukan nasib kita di akhirat nanti.Jika ujian dari Tsunami, jutaan bantuan datang kepada kita dari seluruh penjuru dunia tapi ujian yang haqiqi nanti akan memastikan samada kita gagal bermakna neraka dan jika kita sukses bermakna kita akan di tempatkan di syurga selama-lamanya. Hasil yang infiniti inilah yang sebenarnya hadiah dan anugerah buat kita sebagai hamba Allah di sana nanti. Saudara para pengusaha yang budiman, Dunia perniagaan dalam apa bidang sekalipun akan menghidangkan kepada kita seribu macam ujian? Ada kalanya ujian itu datang boleh dielak tapi adakalanya tidak boleh dielakkan lagi, namun ada juga yang sengaja mahu mencuba-cuba dan akhirnya tidak mampu dan kalah. Maka di sinilah pentingnya peringatan dari saudara kita yang lain dan kami sangat mengharapkan agar laman usahawan ini juga dapat memainkan peranan yang sangat mulia ini. Kali ini saya cuba mengutip beberapa kalimat yang disusun oleh Dr. Yusuf Qardhawi dalam bukunya Daurul Qiyam wal Akhlaq fil Iqtisyodil Islami (Peranan Nilai dan Moral dalam Perekonomian Islam - terbitan Robbani Press, Jakarta). “Kelemahan paling dasar yang dilakukan oleh para pengusaha ialah melupakan diri dengan kebiasaan hidup seharian dengan kebendaan, angka-angka dan pendapatan. Akibatnya para pengusaha semakin jauh dari mengingati keagungan dan kebesaran Allah bahkan ada yang sudah begitu jauh hingga dalam hatinya tidak ada lagi kehidupan akhirat, halal haram, pahala dan syurga, seksa dan neraka.” Para pengusaha sekalian, Apakah persediaan kita untuk ke akhirat? Imam Al Ghazali ada menulis dalam Ihya’ di bab yang kelima, apa katanya; “Tidak sepatutnya bagi seorang pengusaha disibukkan oleh mata pencariannya dari akhiratnya, sehingga umurnya akan sia-sia dan perniagaannya akan rugi. Bahkan akan hilang keuntungan akhiratnya dan tidak dapat ditebus dengan apa yang ia peroleh di dunia kerana dia telah menjual kehidupan akhirat dengan kehidupan dunia. Tetapi orang yang waras akan menyayangi dirinya, iaitu yang memelihara modalnya. Modalnya adalah agamanya dan keselamatannya dalam agama. Sebahagian ulama salaf berkata, “ Sesuatu yang paling utama bagi seseorang yang berakal adalah apa-apa yang yang paling diperlukannya dalam kehidupan ini. Sedangkan sesuatu yang paling diperlukannya dalam kehidupan dunia adalah sesuatu yang paling terpuji akibatnya dalam kehidupan akhirat.` Inilah gambaran hidup seorang pengusaha biasa bagi seorang ulama’ mu’tabar. Pengusaha yang berjaya pada pandangan kita biasanya diukur dari nilai benda yang terlihat dengan mata tapi berbeza dengan Imam alGhazali dan orang mukmin yang lain. Dari sinilah timbulnya percaya diri,ikhlas,taat,komitmen,jihad,pengorbanan dan lain-lain yang diasaskan dari penilaian tadi. Abu Bakar, Usman, Abd Rahman bin Auf dan sahabat lain sukses kerana yakin dengan janji Allah di akhirat nanti sehingga apa saja yang diminta oleh Allah dan Rasul, tidak pernah mereka katakan “NO” tapi terus dengan “YES” dan mengalirlah harta benda mereka demi Allah dan Rasul. Inilah kehidupan contoh selamanya buat kita para pengusaha Muslim yang tidak akan terpisah walau sesaat dari aturan Islam yang syumul dan iman haqiqi yang mendominasi kehidupan kita. Para pengusaha yang dihormati sekalian, Pada kesempatan ini, saya sangat berharap agar kita semua dapat terus merenung, berfikir dan bergerak ke arah yang dapat menyelamatkan kita dari azab Allah. Tsunami, gempa dan bermacam bencana hanya peringatan-peringatan kecil yang Allah bentangkan kepada kita supaya kita akur. Bencana dan azab maha dahsyat sedang menunggu kita di akhirat jika sekiranya kita gagal untuk berfikir, bertaubat dan berubah sekarang. Semoga Allah memberi kita keampunan dan kesempatan hingga kita mampu membuktikan bahawa kita benar-benar insaf untuk memikul amanah sabagai khalifah di muka bumi ini. Amin. Mustapa Mansor Direktor Kump Usahawan Muslim Sdn Bhd.