Saturday, December 5, 2009

GEW FAIR 2009

KARNIVAL USAHAWAN & ICT

Karnival ini akan berlangsung pada 11 - 12 Disember 2009 di Padang Felda Bukit Tangga, Kedah yang mana karnival ini dianjurkan oleh PID Bukit Kayu Hitam dan Pusat Komuniti ITU-UUM. KUSPID Kupang juga terlibat dengan membawa usahawan-usahawan dari Kupang ke karnival tersebut.

Antara aktiviti yang akan dijalankan:
-Pameran dan jualan
-Bengkel
-Sukan Rakyat
-Pertandingan Futsal
-dan banyak lagi

Wednesday, December 2, 2009

GEW FAIR 2009

BENGKEL FACEBOOK DAN MUDAH.MY

Tarikh :16 November 2009
Masa : 2.30 petang
Tempat :PID Kupang
Peserta : 5 orang

Bengkel ini diadakan pada sebelah petang iaitu selepas bengkel blog yang dijalankan pada sebelah pagi. Kehadiran agak kurang memberansangkan kerana hanya seramai 5 orang peserta sahaja yang mana kesemuanya lelaki. Bengkel ini bertujuan untuk memasarkan produk mereka melalui medium yang telah disediakan iaitu facebook dan juga laman Mudah.my.


Pengusaha cacing menggunakan Mudah.my

Pengusaha Bas Catar dan designer baju menggunakan Facebook

Pengusaha design baju

Usahawantani

Tauke besi/kimpalan


Tuesday, December 1, 2009

GEW FAIR 2009

BENGKEL BLOG UNTUK USAHAWAN

Tarikh : 16 November 2009
Masa : 10 pagi
Tempat : PID Kupang
Peserta : 5 orang

Bengkel blog ini telah diadakan di PID Kupang yang mana dihadiri seramai lima orang peserta yang terdiri daripada usahawan muda yang terdapat di Kupang. Bengkel ini memberi pendedahan kepada para peserta untuk membina blog perniagaan mereka sendiri yang mana mempunyai banyak faedahnya. Dengan pembinaan blog ini para usahawan dapat mempromosikan produk serta mencari rangkaian untuk memperkembangkan perniagaan mereka.


Usahawan cacing

Usahawan muda

Pengusaha Bas Catar

Usahawan tudung

Tok guru


Sunday, November 8, 2009

GEW FAIR 2009

PAMERAN & PERSIDANGAN USAHAWAN BUMIPUTRA KEBANGSAAN 2009

Tempat : Village Mall, Sungai Petani, Kedah
Tarikh : 30 Oktober 2009 - 01 November 2009
Peserta : 5 orang

Agenda:

1. Pameran/Exhibition
Menjadi tapak (Standard Booth, 3x3 meter persegi) untuk para usahawan & syarikat mempamerkan produk jualan & perkhidmatan mereka. Selain itu, para usahawan & syarikat dibenarkan menjual barangan dan produk pada hari berkenaan di samping mencari agent, dealer, franchising, kursus,menjual konsep perniagaan ataupun networking
2. Persidangan/Conference
Sesi berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli perniagaan yang berjaya dan wakil-wakil Kerajaan di dalam pembangunan usahawan
3. Pemadanan Perniagaan/Business Matching
Peluang untuk para usahawan menambah jaringan kerja & potensi perniagaan serta mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan daripada agensi-agensi berkaitan.




Produk-produk asas tani

Usahawan di bawah MADA
Badut di booth minuman

Kerepek dan maruku
Business Development Centre (BDC)

Antara produk-produk keluaran syarikat ADABI

Pengurus PID Kupang di booth BDC




Wednesday, November 4, 2009

GEW FAIR 2009

LAWATAN KE LADANG CACING

Tarikh : 28 Oktober 2009
Lokasi : Ladang Kampung Mengkuang Masjid
Peserta : 4 orang

Ladang cacing ini adalah hak milik saudara Hasimi yang mana terletak di Kampung Mengkuang Masjid, Kupang. Beliau adalah salah seorang ahli aktif Kelab Usahawan Sosial PID Kupang. Selain penternakan cacing, beliau juga menjalankan pengeluaran baja organik vermikompos yang mana mendapat permintaan dari seluruh utara tanah air.

Projek ternakan cacing ini juga sebenarnya dijalankan secara berkelompok di Kampung Mengkuang Masjid. Lawatan yang dijalankan ini dihadiri seramai 4 orang yang mana sangat berminat dalam bidang ternakan cacing ini dan lawatan ini telah diadakan pada 28 Oktober 2009.

Kepada yang berminat untuk membeli cacing atau produk keluaran beliau ataupun mendapat khidmat beliau bolehlah melayari blog ini: http://hasimiagro.blogspot.com/


Cara mengayak baja


Hasimi memberi penerangan kepada Pengurus dan Penolong Pengurus PID Kupang

Luar bangsal ternakan

Antara kolam ternakan beliau

Kalam ternakan cacing


Baja yang terhasil







GEW FAIR 2009

LAWATAN KE LADANG TERNAKAN LEMBU DAN KAMBING

Tarikh : 27 Oktober 2009
Lokasi : Kupang
Peserta : 6 orang

Lawatan ini ke ladang lembu dan kambing ini telah diadakan pada 27 Oktober 2009 yang lalu. Ladang ini adalah milik saudara Abdullah yang mana merupakan seorang usahawan yang terdapat di Kupang ini. Beliau juga merupakan salah seorang ahli Kelab Usahawan Sosial PID Kupang yang mana beliau jugak adalah dikalangan ahli yang aktif di KUSPID Kupang.

Penternakan beliau telah bermula pada sekitar tahun 2005 dengan hanya memiliki 7 ekor lembu dan kini, ternakan beliau sebanyak 52 ekor hasil daripada ternakan dan pembelian di sekitar kawasan Kupang. Beliau berkata, ternakannya mendapat sambutan agak menggalakan ketika musim kenduri dan juga korban.

Selain itu, beliau juga menternak kambing untuk pasaran tempatan. Buat masa ini, kandang kambing beliau menempatkan sebanyak 100 ekor kambing pelbagai jenis. Keutamaan beliau ialah kambing kampung dan boer.

Ketika lawatan ini dilakukan, beliau mengadakan satu majlis dan para peserta turut dijemput untuk memeriahkan majlis anjurannya. Lawatan ini dihadiri seramai 6 orang.



Suasana padang ragut

Berada di atas kandang kambing

Bersama anak kambing kampung

Anak-anak kambing yang baru dilahirkan

Gambaran kandang kambing

Majlis yang diadakan oleh tuan ladang

Kambing-kambing yang diternak

Lembu yang sedang berehat

Rumah lembu yang terbengkalai

Padang ragut






Tuesday, November 3, 2009

GEW FAIR 2009

LAWATAN KE LADANG TERNAKAN PUYUH
Tarikh : 21 Oktober 2009
Lokasi : Ladang ternakan puyuh Jeniang
Peserta :5 orang
Untuk aktiviti pertama GEW Malaysia, PID Kupang menerusi KUSPID Kupang telah mengadakan satu lawatan ke ladang ternakan puyuh. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memberikan semangat kepada golongan muda untuk menceburi bidang ternakan ini yang mana boleh menghasilkan pulangan yang lumayan.

Peserta-peserta telah diberikan serba sedikit tunjuk ajar di dalam penternakan puyuh ini oleh pemilik ladang iaitu En. Ibrahim. Penerangan beliau meliputi rekabentuk rumah puyuh, mendidik anak, penetasan telur, pemakanan dan lain-lain lagi.

Peserta yang menghadiri lawatan ini adalah seramai 5 orang yang mana mereka ini adalah ahli KUSPID Kupang. Pemilihan peserta ini adalah berdasarkan kesungguhan mereka dalam meneroka bidang keusahawanan ini terutamanya pertanian. Lawatan ini telah diadakan pada 21 Oktober 2009.


En. Ibrahim bersama puyuh matang
Puyuh yang bakal dijual
Tempat pengasingan anak puyuh
Anak-anak puyuh