LAWATAN KE LADANG TERNAKAN PUYUH
Tarikh : 21 Oktober 2009
Lokasi : Ladang ternakan puyuh Jeniang
Peserta :5 orang
Untuk aktiviti pertama GEW Malaysia, PID Kupang menerusi KUSPID Kupang telah mengadakan satu lawatan ke ladang ternakan puyuh. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memberikan semangat kepada golongan muda untuk menceburi bidang ternakan ini yang mana boleh menghasilkan pulangan yang lumayan.
Peserta-peserta telah diberikan serba sedikit tunjuk ajar di dalam penternakan puyuh ini oleh pemilik ladang iaitu En. Ibrahim. Penerangan beliau meliputi rekabentuk rumah puyuh, mendidik anak, penetasan telur, pemakanan dan lain-lain lagi.
Peserta yang menghadiri lawatan ini adalah seramai 5 orang yang mana mereka ini adalah ahli KUSPID Kupang. Pemilihan peserta ini adalah berdasarkan kesungguhan mereka dalam meneroka bidang keusahawanan ini terutamanya pertanian. Lawatan ini telah diadakan pada 21 Oktober 2009.
En. Ibrahim bersama puyuh matang
Puyuh yang bakal dijual
Tempat pengasingan anak puyuh
Anak-anak puyuh
No comments:
Post a Comment