Wednesday, November 4, 2009

GEW FAIR 2009

LAWATAN KE LADANG TERNAKAN LEMBU DAN KAMBING

Tarikh : 27 Oktober 2009
Lokasi : Kupang
Peserta : 6 orang

Lawatan ini ke ladang lembu dan kambing ini telah diadakan pada 27 Oktober 2009 yang lalu. Ladang ini adalah milik saudara Abdullah yang mana merupakan seorang usahawan yang terdapat di Kupang ini. Beliau juga merupakan salah seorang ahli Kelab Usahawan Sosial PID Kupang yang mana beliau jugak adalah dikalangan ahli yang aktif di KUSPID Kupang.

Penternakan beliau telah bermula pada sekitar tahun 2005 dengan hanya memiliki 7 ekor lembu dan kini, ternakan beliau sebanyak 52 ekor hasil daripada ternakan dan pembelian di sekitar kawasan Kupang. Beliau berkata, ternakannya mendapat sambutan agak menggalakan ketika musim kenduri dan juga korban.

Selain itu, beliau juga menternak kambing untuk pasaran tempatan. Buat masa ini, kandang kambing beliau menempatkan sebanyak 100 ekor kambing pelbagai jenis. Keutamaan beliau ialah kambing kampung dan boer.

Ketika lawatan ini dilakukan, beliau mengadakan satu majlis dan para peserta turut dijemput untuk memeriahkan majlis anjurannya. Lawatan ini dihadiri seramai 6 orang.



Suasana padang ragut

Berada di atas kandang kambing

Bersama anak kambing kampung

Anak-anak kambing yang baru dilahirkan

Gambaran kandang kambing

Majlis yang diadakan oleh tuan ladang

Kambing-kambing yang diternak

Lembu yang sedang berehat

Rumah lembu yang terbengkalai

Padang ragut






No comments: