Sunday, January 10, 2010

e-Perolehan di PID Kupang


ePerolehan ialah satu sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menjual barangan dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Internet. Ia merupakan sistem perolehan elektronik yang menghubungkan pembekal dan Kerajaan bersama-sama di dalam persekitaran yang selamat dan terjamin. ePerolehan merupakan pelaksanaan salah satu program di bawah projek Kerajaan Elektronik yang ingin dilaksanakan oleh Kerajaan.

Commerce Dot Com adalah syarikat yang telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk membangun, menyelenggara dan mengurus sistem ePerolehan. Sistem yang dibangunkan ini adalah hasil daripada kerjasama di antara Commerce dot Com dengan Kerajaan, berasaskan teknologi canggih yang menggunakan kaedah-kaedah yang terbaik untuk menikmati kelebihan maksima yang disediakan oleh ekonomi digital baru.

Kini PID Kupang telah dilantik oleh Commerce Dot Com sebagai salah satu Pusat Perkhidmatan ePerolehan (EPSP) yang menjalankan transaksi berhubung dengan pendaftaran dan urusan-urusan yang berkaitan dengan ePerolehan pada Ogos 2009.

No comments: